NASA Dakwa Asteroid ‘Gergasi’ Akan Melintasi Bumi Esok, Berpotensi Beri Ancaman Kepada Planet Ini

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) mengumumkan bahawa satu asteroid gergasi sedang bergerak dengan kelajuan 34,000 kilometer sejam menghampiri bumi.

Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS) milik NASA, mengesan asteroid ‘berpotensi berbahaya’ berukuran lebih besar dari manusia itu akan melintasi bumi dengan jarak paling dekat pada 15 Februari jam 6.05 pagi.

”Asteroid berpotensi berbahaya (PHAs) dikenalpasti berdasarkan parameter yang mengukur potensi asteroid untuk memberi ancaman hentaman pada bumi,’‘ kata NASA dalam satu kenyataan.

Gambar sekadar hiasan : Google

Batu yang besar dari angkasa itu dijangka melewati bumi dari jarak kira-kira 3.6 juta batu dan mempunyai diameter sekitar 3,250 kaki, membuatkan ianya cukup untuk membawa impak buruk ‘musim sejuk nuklear dan kepupusan besar-besaran’ sekiranya menghentam bumi, dakwa agensi itu lagi.

Sumber : IGN, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *