Jadi ‘Spiderman’ Selamatkan Kucing

Anggota APM Papar risikonya nyawanya demi selamatkan kucing. Gambar Ihsan APM Papar

PAPAR: Khidmat Anggota Pertahanan Awam (APM) Papar diperlukan bagi menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di balkoni apartment tingkat tiga di Papar, Selasa lalu.

Pemilik kucing, Dayana Amalina Roslan, 28, berkata tidak menyedari haiwan peliharaannya itu hilang kerana sibuk di rumah.

“Saya seharian sibuk di rumah pada waktu siang. Apabila malam saya menyedari kucing saya tidak berada di dalam rumah.

“Saya keluar mencarinya sebelum mendapati ia terperangkap di balkoni tingkat tiga blok apartment berdekatan.

“Oleh rumah itu tidak berpenghuni saya terpaksa mendapatkan bantuan APM bagi menyelamatkan kucing itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Papar, Leftenan Abdul Razaq Basir berkata, pihaknya menerima panggilan pengadu jam 10.04 malam dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang anggota kami menggunakan peralatan khas menaiki dan bergayut di tingkat tiga manakala seorang lagi anggota membantu dengan memegang tali dari tingkap besar tingkat empat dalam usaha menyelamatkan kucing terbabit.

“Kucing berjaya diselamatkan dan dikembalikan kepada pengadu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *