Rumah Musnah Terbakar Di Semporna

Pihak bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak.

SEMPORNA; 11 FEBRUARI 2020 (Selasa) – Sebuah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Simpol, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah
telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 3.43 pagi memaklumkan berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah rumah.

Pihak bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak. – Foto BESTAWAUfm

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna seterusnya bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 4-kilometer daripada balai yang diketuai diketuai PBK II (KUP) Borneo Hamaruddin dengan kekuatan lapan orang anggota serta menggerakkan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender(FRT) dan sebuah jentera kecemasan LFRT.

Menurut Komander Operasi, kebakaran tersebut membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 50’ x 60’ persegi telah musnah terbakar 100-peratus.

Pihak bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak. – Foto BESTAWAUfm

Menerusi Operasi tersebut, pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran pada pukul 4.45 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 5.01 pagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *