Pemilik Hotel Didakwa Liwat Anak Tiri Lima Tahun

KOTA KINABALU: Seorang pemilik hotel didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas kesalahan meliwat anak tiri perempuannya yang baru berusia lima tahun di Beaufort dan Kampung Likas.

Tertuduh yang berusia 24 tahun didakwa meliwat kanak-kanak berusia lima tahun itu sekali di Beaufort antara April dan Mei tahun lalu dan sekali lagi di Kampung Likas, Disember lalu.

Pendakwaan ke atas tertuduh dibuat di dua mahkamah berbeza memandangkan kejadian tersebut berlaku di lokasi berasingan.

Terdahulu, bagi kes di Kampung Likas, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ummu Kalthom Abd. Samad.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan bagi mengelakkan tertuduh daripada mengganggu saksi terutama isterinya.

Difahamkan, tertuduh ditahan selepas wanita itu membuat laporan polis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac depan untuk pengurusan kes.

Bagi kes di Beaufort pula, tertuduh juga mengaku tidak bersalah meliwat anak tirinya itu di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Azreena menetapkan 30 Mac depan untuk pengurusan kes.

Bagi kes itu, tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin serta perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan serta menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *