Misteri Penyapu Berdiri

Penyapu yang berdiri tegak dengan sendiri menggemparkan penduduk. – Foto Facebook

LAHAD DATU: Penyapu berdiri tegak mengejutkan penduduk sekitar Kampung Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Nala dan Kampung Remang, Tungku, Lahad Datu, hari ini.

Penduduk, Dayang Hazimah Datu Jamaluddin, 46, berkata dia mengetahui kejadian penyapu berdiri dari kumpulan WhatsApp kampung.

Menurutnya, dia bersama anak perempuannya berusia sembilan tahun serta keluarga lain kemudiannya mencuba sendiri.

“Bila saya cuba kali pertama, kami sangat terkejut kerana penyapu itu berdiri dengan sendiri.

“Kami kemudiannya membawa penyapu itu ke lokasi lain di sekitar rumah dan mendapati, ia masih mampu berdiri tegak tanpa disentuh.

“Perkara ini membuatkan kami seram pula. Ini kali pertama dalam hidup saya melalui perkara sedemikian,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, penduduk kampung dan sekitarnya juga riuh kerana mengalami keadaan sama.

“Kumpulan WhatsApp kampung kami sudah tidak berhenti berkongsi hal sama.

“Ini memang menyeramkan. Sebelum ini kita hanya pernah mendengar mengenai telur berdiri. Tapi ini sesuatu yang baru. Apatah lagi terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, carian melalui Facebook mendapati sudah ramai pengguna media sosial memuatnaik gambar dan video mengenai perkara terbabit.

https://www.facebook.com/sabahpost/posts/3322244204458691?__xts__%5B0%5D=68.ARDa3zkKCcEns6ksN_EXta4JOcSvukoat85V7IVHyyDggXX5bj3O1Y8cvNkulC5-zoRWLm9T9AskkAHhnWEHKo3bTGsNrAFjkOFPQh5tqkI5VrLrB_gErYGIaeVsnzum733djyxWVTdPBgCa-Cj4GrR5hBpTJCzasiS1ivgcQWUhsjwe9qUhVHM7se2t_snUL_SAo_iUjbhTImrdfv1fW-OJHCXPrh-nVCQHvuzcf2dUaYw-lLuk7TLLNOt0CiexioS6Ka6H0a9OTlJD0BJUREwESwHjhxFss4JPxMXhJ8FdXHEOxtrtZwIvrGtW-jqJYApevRmlwodqlbBvVeDEAfyKhxdf&__tn__=-R

Entri terawal status ialah pada jam 7 malam tadi. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *