7 Motosikal Disita Dalam Ops Samseng Di Beaufort

Motosikal yang disita dalam Ops Samseng Jalanan di Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan IPD Beaufort

BEAUFORT: Sebanyak tujuh buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Melabau, di sini, awal pagi tadi.

Operasi bermula pada pukul 11 dan berakhir 1 pagi itu membabitkan seramai 16 anggota termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Polis menyita tujuh motosikal di dalam Ops Samseng Jalanan, di Jalan Melabau Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata dalam operasi itu pihaknya memeriksa seramai 11 individu dan sebanyak 11 buah motosikal.

“Hasil pemeriksaan, polis menyita sebanyak tujuh motosikal kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Selain itu, kita turut mengeluarkan sebanyak 18 keping saman atas kesalahan.

“Antaranya tidak memiliki lesen, gagal tunjuk lesen, cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran dan tidak memakai topi keledar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azmir berkata operasi akan dijalankan secara berterusaan bagi memastikan pemandu dan penunggang mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *