Liwat, Bunuh & Tanam Jiran Di Kebun Durian

Suspek ditahan polis selepas mengaku membunuh remaja lelaki. Foto detikcom

JAWA TENGAH: Liwat, bunuh dan tanam. Itu tindakan kejam dilakukan seorang jiran yang mengelar leher remaja berusia 13 tahun sebelum menanam mayat mangsa di kebun durian di Banjarnegara.

Detiknews melaporkan, sebelum itu, budak lelaki berkenaan dilaporkan hilang pada 31 Januari lalu sebelum pihak berkuasa dan penduduk melancarkan operasi mencari besar-besaran.

Lebih kejam, suspek berusia 34 tahun mengaku meliwat mangsa sebanyak dua kali sebelum membunuhnya.

Suspek ditahan polis selepas mengaku membunuh remaja lelaki.

Lelaki itu dikenali sebagai Kirah ditahan polis pada 3 Februari lalu di rumahnya yang terletak berhadapan rumah mangsa selepas ada saksi mendakwa melihat suspek berjalan bersama mangsa pada hari dilaporkan hilang.

Hasil soal siasat suspek mengakui, dia mencekik mangsa, tetapi tidak mati sebelum menggunakan pisau untuk mengelar leher mangsa.

Suspek juga mengakui menanam mayat mangsa dan ditutup timbunan daun dan rumput di kebun durian itu.

Jurucakap polis Banjarnegara, Iga Dp Nugraha berkata, suspek didakwa atas tuduhan membunuh dan berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

Remaja berusia 13 tahun ditemui mati ditanam di kebun durian di Banjarnegara, Jawa Tengah. Foto detikcom Agensi

“Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai gangguan mental dan kecenderungan seksual melampau,” katanya.

Menurutnya, pihaknya belum memperoleh laporan bedah siasat dan masih dalam proses pengumpulan bukti.

“Ibu bapa harus lebih waspada dalam menjaga anak dan berhati-hati walaupun dengan orang terdekat supaya kes sama tidak berulang lagi,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *