Coronavirus: Angka Kematian di China Meningkat Kepada 630

Petugas kesihatan bersedia untuk membuat pemeriksaan suhu orang awam di Anhui, China. – Foto Reuters

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada sekurang-kurang 630 mangsa pada Jumaat, selepas wilayah Hubei yang paling teruk terkesan melaporkan 69 korban baharu.

Dalam maklumat kemas kini hariannya, Suruhanjaya Kesihatan Hubei turut mengesahkan 2,447 kes jangkitan baharu di wilayah itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *