Sokong Saya Jika Mahu Bekerjasama – Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bekerjasama dengan UMNO jika parti itu memberi sokongan kepadanya.

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia bekerjasama dengan Umno jika parti itu memberi sokongan kepadanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan, ia perlu diterjemahkan melalui suara sokongan di parlimen.

“Malah Pas juga sedia bekerjasama dengan saya. Saya rasa jika kamu (Umno) mahu bekerja bersama saya, kamu kena sokonglah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Khamis. 

Sebelum ini, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beberapa alasan mahukan parti itu berkerjasama dengan Dr. Mahathir .

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu juga berkata, Ahmad Zahid mendedahkan perkara itu pada mesyuarat Jawatankuasaa Perhimpunan Muafakat Nasional.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *