Dua Kanak-Kanak Antara Tiga Parah Ditembak Di Pulau Gaya

Mangsa berusia 36 tahun cedera di bahagian lutut kanan.

KOTA KINABALU: Tiga orang termasuk dua kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun parah selepas terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di atas jambatan Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa pertama berusia 36 tahun cedera di lutut kaki kanan dan mangsa kedua berusia 10 tahun cedera di perut manakala mangsa ketiga berusia 7 tahun melecet di bahagian belakang badannya.

Kecederaan ketiga-tiga mangsa dipercayai akibat ditembak.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga mangsa lelaki kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Katanya siasatan awal dipercayai seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan dan mengenai ketiga-tiga mangsa terbabit.

“Semua mangsa kini dirawat di HQE dan dalam keadaan stabil.

“Motif kejadian itu belum dipastikan lagi dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Tambah beliau lagi, usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dilakukan oleh pasukan polis. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *