635 Plastik Arang Haram Dirampas

SANDAKAN: Jabatan Perhutanan merampas 635 plastik arang yang disimpan dalam tiga stor di Kampung Mangkalinau, di sini semalam.

Arang dianggarkan bernilai RM5,000 itu ditemukan selepas rondaan bersepadu dilakukan di kawasan terbabit kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu, manakala rampasan dilakukan mengikut Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini, berkata semua rampasan kemudian dibawa ke pejabat perhutanan daerah Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kita akan terus menjalankan rondaan dan operasi bersepadu dari masa ke semasa bagi membanteras pembuatan dan penjualan kayu arang secara haram,” katanya hari ini.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *