Bandaraya KK Sunyi Tanpa Kehadiran Pelancong China

Jesselton Point kini lebih tenang selepas tiada pelancong dari China baru yang tiba

KOTA KINABALU: Kira-kira seminggu yang lalu, jalan-jalan di Kota Kinabalu dipenuhi dengan pelancong dari China dengan suara perbualan mereka sentiasa terdengar di sekitarnya.

Tetapi sekarang, kehadiran mereka tidak lagi dapat dirasakan, dan bandaraya Kota Kinabalu kembali menjadi tenang.

Ketiadaan mereka pasti dirasakan, terutamanya oleh pengendali perniagaan yang berkembang pesat termasuk pengusaha restoran makanan, pengendali pelancongan, dan juga kedai runcit kecil.

Pengendali pelancongan Florentius Jupin berkata beliau bernasib baik kerana tidak hanya menumpukan aktivinya kepada pelancong dari China.

“Tetapi beberapa rakan saya mereka benar-benar terjejas ekoran penularan coronavirus yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah memberhentikan ketibaan pelancong dari China,” katanya.

“Restoran yang mengharapkan pelancong China antara yang paling terjejas. Sebagai contoh, restoran makanan laut di KK yang dilihat sunyi tanpa pelanggan, “katanya.

Di Jesselton Point, tempat yang sering dilawat oleh pelancong dari China antara lokasi yang sunyi.

Seorang penjual kopi memberitahu The Borneo Post perniagaannya merosot turun lebih 50 peratus disebabkan ketiadaan pelancong dari China.

Kabinet Sabah telah memutuskan untuk menyekat semua penerbangan dari China bulan lepas.

Keputusan itu dibuat untuk membendung penyebaran coronavirus, yang juga dikenali sebagai virus Wuhan, ke Sabah.

Sehingga hari ini, Suruhanjaya Kesihatan China telah melaporkan 425 kematian di seluruh negara.

The Borneo Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *