Anak Kura-Kura Muncung Babi Bernilai RM1 Juta Dirampas

Kira-kira 4,000 ekor anak kura-kura jenis muncung babi dirampas.  – Foto BESTAWAUfm

TAWAU; 4 FEBRUARI 2020 (Selasa) – Taktik menyorok 4-ribu ekor kura-kura jenis muncung babi di 39 kontena di dalam tiga bagasi dan dua kotak untuk diseludup masuk ke negara ini dari Indonesia berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di Muara Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, Tawau, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, sepasukan anggota PPM dari bot Ronda PGR 3 dalam tugas Operasi Gelora berjaya memintas sebuah bot penambang yang dijuragani seorang lelaki warga Indonesia berumur 38 tahun dari Sungai Haji Kuning menuju ke Tawau.

Kira-kira 4,000 ekor anak kura-kura jenis muncung babi dirampas.   – Foto BESTAWAUfm

Menurut Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, pemeriksaan lanjut keatas bot penambang berkenaan menemui tiga bagasi dan dua kotak mengandungi 39 kontena putih berisi 4-ribu kura-kura.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Bilik Gerakan Pejabat PPM Tawau di Tawau.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, juragan bot berkenaan tidak mengetahui barangan yang dibawa mengandungi kura-kura dan hanya dimaklumkan untuk membawa muatan terbabit ke Tawau dengan upah sebanyak 50-ringgit.

Katanya, juragan bot turut memaklumkan kesemua kura-kura terbabit akan diambil oleh seseorang sebaik tiba di Tawau untuk dibawa ke Semporna.

RTM difahamkan, tangkapan ini merupakan tangkapan pertama dan terbesar setakat tahun ini oleh PPM Tawau membabitkan hidupan liar.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *