China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi ‘Dihapuskan’, Elak Virus Terus Merebak

China telah melarang sebarang upacara pengebumian dan lain-lain aktiviti yang membabitkan mayat mangsa novel koronavirus yang berasal dari Wuhan mengikut peraturan percubaan baru yang dikeluarkan pada hari sabtu untuk memperlahankan penyebaran,

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China mengeluarkan peraturan baru pada hari sabtu yang menyatakan bahawa semua mangsa yang terkorban kerana koronavirus mesti dibakar di kemudahan yang terdekat.

“Tiada upacara perpisahan atau aktiviti pengebumian lain yang melibatkan jenazah akan diadakan,” kata NHC.

Peraturan baharu mengenai pelupusan mayat dilakukan selepas angka kematian meningkat kepada 304 orang dan seramai 14,380 orang telah dijangkiti.

Sumber: The Spectator Index, Business Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *