Enam Individu Ditahan Dalam Ops Bersepadu PTI Di Sekitar KK

Pihak berkuasa melakukan penahanan ke atas PATI yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam Ops Bersepadu PATI di Kota Kinabalu. – Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seramai 30 individu diperiksa sepanjang Ops Bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) membabitkan lima lokasi berbeza sekitar bandar raya ini, semalam.

Dalam operasi berlangsung selama tujuh jam itu, enam individu warganegara Filipina berumur antara 10 sehingga 50 tahun ditahan atas kesalahan tiada memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Polis melakukan pemeriksaan ke atas rumah yang diduduki PTI dalam Ops Bersepadu PTI di Kota Kinabalu. -Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata seramai 24 orang dibebaskan selepas pemeriksaan dokumentasi dijalankan.

“Semua PTI yang ditangkap ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imegresen 1959/63.

“Operasi dilaksanakan dengan memberi tumpuan lokasi di kawasan bandar raya yang memiliki kadar pertumbuhan PATI boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Habibi menyatakan operasi terbabit akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dalam usaha menangani masalah PATI sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

“Kita juga meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan kepada balai polis berhampiran atau medium media sosial,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *