Lelaki Parah Jatuh Dari Tingkat Tiga Bangunan Di Inanam

Pasukan bomba mengusung mangsa yang terjatuh dari tingkat tiga di sebuah bangunan di Inanam.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan berhampiran sebuah bank di Inanam, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, mangsa Loh Kim San, 69, yang parah di kepala dan tangan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.

“Dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di tempat kejadian, seorang lelaki didapati cedera parah di kepala dan tangan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan.

“Pihak bomba kemudian memberi rawatan awal dan menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat tamat jam 11.40 pagi tadi. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *