Kaum Suluk Bukan Orang Asal Kelas Pertama Dalam Perlembagaan Malaysia

Datuk Liew Vui Keong

KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen), Datuk Liew Vui Keong menyangkal dakwaan kaum Suluk sebagai Orang Asal kelas pertama dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, tidak pernah wujud peruntukan perlembagaan seumpama itu di negara ini.

“Setahu saya Kesultanan Sulu sudah lama dimansuhkan pada tahun 1930an apabila Filipina dijadikan sebuah republik.

“Selepas dikenali sebagai republik, memang sudah tiada lagi istilah kesultanan.

“Situasi sama seperti berlaku di Melaka, Kesultanan Melaka juga dimansuhkan.

“Negara ini hanya ada sembilan sultan di beberapa Semenanjung dan empat Yang di-Pertua Negeri (TYT) membabitkan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, sekarang kita dalam proses mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah Persekutuan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri sesi taklimat Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Mahkamah di Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

AI adalah teknologi baharu yang dapat membantu hakim mahupun majistret membuat analisa hukuman bersesuaian dijatuhkan ke atas tertuduh.

Aplikasi berkenaan membantu mengurangkan jurang hukuman serta memastikan kesamarataan dan konsistensi di dalam hukuman yang diberikan kepada pesalah.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Kenny Chua meminta pihak berkuasa menyiasat berkaitan kenyataan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang menyatakan kaum Suluk ialah Orang Asal kelas pertama dalam Perlembagaan Malaysia.

Kenny berkata kenyataan terbabit dilihat  berbahaya kerana ia sama seperti menghasut kebencian kaum di Sabah.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *