5 Penagih Warga Tempatan Ditahan

Lima lelaki yang ditahan selepas didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam satu Ops Ice Breaker di sini.

KOTA KINABALU: Lima lelaki warga tempatan ditahan polis selepas didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di sekitar kawasan Kinarut di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, kesemua suspek berumur 20-an hingga 30-an itu didapati positif dadah jenis Methampetamine dan Ampetamine.

“Kelima-lima suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan selanjutnya dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah agar memaklumkan kepada pihak PDRM IPD Papar khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *