Satu Maut, Suami Isteri Parah Kereta Bertembung

Keadaan salah satu kereta Perodua Axia yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Beaufort – Menumbok, Kampung Mempagar.

BEAUFORT: Seorang lelaki maut manakala suami isteri parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta jenis Perodua Axia di Kilometer 5, Jalan Beaufort – Menumbok, Kampung Mempagar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, pemandu Perodua Axia Lusim Conolius @ Hilarion, 55, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Beaufort.

Pemandu sebuah lagi Perodua Axia lelaki, 46, dan isterinya, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan parah dan menerima rawatan di hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu berusia 12 tahun hanya cedera ringan.

Keadaan salah satu kereta Perodua Axia yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Beaufort – Menumbok, Kampung Mempagar.

Sementara itu, isteri kepada Lusim, berusia 39 tahun yang duduk di penumpang hadapan turut cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata ketika kejadian Lusim bersama isterinya sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Penyu menuju ke Beaufort.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa (Lusim) dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dinaiki tiga beranak itu.

Keadaan sebuah lagi kereta Perodua Axia yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Beaufort – Menumbok, Kampung Mempaga

“Akibat daripada kejadian itu, pemandu (Lusim) meninggal dunia manakala pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta parah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat, manakala dua yang parah dan dua cedera ringan dirawat di hospital sama.

“Siasatan masih diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *