Lelaki Parah Selepas Terjun Dari Tingkat Lima

Mangsa yang terjun dari bangunan terhempas di atas sebuah kereta.

TAWAU : Seorang lelaki disyaki bertindak nekad terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di jalan kuhara di sini kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Akibat tindakan itu, lelaki terbabit dikatakan mengalami kecederaan parah patah kaki dan luka di bahagian tangan.

Menurut saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Epi, 28 tahun berkata semasa kejadian dia bersama seorang kawannya sedang berehat di depan kedai tempatnya bekerja.

Mangsa yang terjun dari bangunan terhempas di atas sebuah kereta.

“Kejadian itu betul-betul di depan mata kami. Mangsa jatuh di atas bumbung sebuah kereta yang pandu oleh seorang wanita ketika berhenti untuk menurunkan rakannya.

“Kami bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaannya ternyata mangsa masih hidup dan mengerak-gerakkan tubuhnya.

Saksi itu juga berkata, orang awam kemudiannya menghubungi pihak polis untuk melaporkan mengenai kejadian yang berlaku termasuk keadaan lelaki terbabit. 

Mengulas lanjut, Epi mendakwa selalu melihat mangsa berada di lokasi lelaki itu dipercayai terjun dan berteriak-teriak seperti orang tidak siuman.

“Kami selalu lihat mangsa di tempat dia disyaki terjun sambil teriak-teriak macam orang gila dan tidak sangka pula hari ini dia nekad terjun,” katanya.

Sementara itu polis ketika dihubungi Utusan Borneo setakat ini belum memberikan sebarang pengesahan mengenai status kes berkenaan.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *