Lebih 109,000 Kanak-Kanak Diberi Vaksin Polio Di Sabah

Sehingga 25 Januari 2020, sebanyak 109,232 daripada 391,040 (27.93%) anggaran kanak-kanak berumur dari 0 hingga 5 tahun di 25 buah daerah negeri Sabah telah diberikan vaksin OPV (Dos 1).

KOTA KINABALU: Kira-kira 109,200 kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Sabah telah diberikan vaksin polio sehingga Sabtu lepas melalui Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020)  yang dilaksanakan sejak 27 Disember, 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merangkumi 27.93 peratus daripada kira-kira 391,040 kanak-kanak berusia bawah lima tahun di 25 daerah di Sabah.

Sehingga 25 Januari 2020, sebanyak 109,232 daripada 391,040 (27.93%) anggaran kanak-kanak berumur dari 0 hingga 5 tahun di 25 buah daerah negeri Sabah telah diberikan vaksin OPV (Dos 1).

“Pada hari ini genap sebulan sejak KIPS 2019/2020 dilancarkan. Aktiviti Imunisasi Tambahan (SIA) ini adalah fasa kedua tindakan kawalan dan pencegahan wabak polio di Sabah dengan imunisasi polio dos 1 diberi secara titisan ke mulut (OPV).

“Pelaksanaan SIA di beberapa daerah amat mencabar dari segi logistik dan keselamatan kakitangan kesihatan. Contohnya, mereka perlu menaiki bot atau perahu, meredah air serta berjalan sejauh 3 km untuk sampai ke kampung yang dituju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Noor Hisham mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan di lapangan yang bertungkus-lumus dalam menyelamatkan negara daripada polio.

Sehingga 25 Januari 2020, sebanyak 109,232 daripada 391,040 (27.93%) anggaran kanak-kanak berumur dari 0 hingga 5 tahun di 25 buah daerah negeri Sabah telah diberikan vaksin OPV (Dos 1).

Untuk rekod, tiga kes polio dicatatkan di Sabah setakat ini iaitu di Tuaran, Sandakan dan Kinabatangan.

Pada 8 Disember, 2019, Kementerian Kesihatan memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit polio, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, mendorong kerajaan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga dan memberikan advokasi bagi mengekang penyebaran wabak berkenaan.

Bernama 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *