Datuk Marcus Mojigoh & Hampir Seluruh AJK Bahagian Upko Putatan Umum Keluar Parti Serta Merta

Datuk Marcus Mojigoh (duduk tengah) bersama Ketua Pemuda Bahagian Mark Silak dan AJK Bahagian serta ahli Upko bahagian umum keluar parti hari ini. Gambar Sumber Media Sosial

PUTATAN: Ketua Bahagian Upko Putatan Datuk Marcus Makin Mojigoh bersama hampir semua ahli jawatankuasa bahagian mengumumkan keluar daripada parti dengan serta merta hari ini.

Hanya Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan AJK dilantik Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau.

Mojigoh (tengah) bersama Dr Maximus (kanan) dan Adun Kundasang merangkap Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam di majlis sambutan Tahun Baharu Cina beliau . Gambar SNT/Sumber Media Sosial

Dalam sidang akhbar di kediaman beliau di Kampung Kotiduvan Duvanson di sini, bekas Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi.

Beliau berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.

Upko Putatan, menurut Mojigoh turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah.

Bagaimanapun, bila dihubungi oleh SabahNewsToday tadi Mojigoh menolak spekulasi bahawa mereka akan berpindah parti ke Parti Bersatu Sabah (PBS).

Spekulasi memuncak apabila beliau menjemput presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dan AMT parti itu menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman beliau sejurus pengumuman keluar parti.

SabahNewsToday masih menunggu komen daripada Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengenai perkembangan ini.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *