(VIDEO) Risau Wabak Koronavirus, Lelaki Jadikan Tuala Wanita Topeng Muka

Seorang lelaki di Wuhan menggunakan tuala wanita sebagai topeng kerana terdesak untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti koronavirus susulan daripada ketiadaan stok topeng dijual di pasaran.

Lelaki tersebut dilihat meletakkan tuala wanita itu di muka bagi melindungi muka serta hidungnya.

Seorang wanita yang merakam detik tersebut bercakap dengan lelaki itu berkenaan dengan mengapa dia bertindak memakai tuala wanita itu sebagai topeng muka.

Beberapa orang yang menonton video tersebut menyatakan bahawa “situasi di sana semakin teruk.”

Apabila lelaki tersebut ditanya berkenaan mengapa dia memakai topeng itu, penonton menyatakan: “Sudah jelas bahawa dia tidak mahu dirinya dijangkiti.”

Pelbagai video yang menunjukkan situasi China diserang koronavirus kian tular di media sosial.

Sebuah rakaman yang menunjukkan warga China secara tiba-tiba pengsan akibat didakwa dijangkiti koronavirus telah mendapat perhatian netizen yang takut dan sedar bahawa negara China kini sedang berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *