Ketua Menteri Kunjungi Rumah Terbuka Komuniti Cina Di Semporna

SEMPORNA: Meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat berlainan kaum begitu sinonim di Sabah.

Majlis rumah terbuka ahli perniagaan dan pemimpin Cina di Semporna dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Kehadiran Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna ke rumah terbuka yang diadakan pada hari pertama Tahun Baharu Cina ini memberi keceriaan kepada tuan rumah yang meraikan perayaan berkenaan.

Acara rumah terbuka sebegini dilihat medium terbaik untuk mengeratkan lagi silaturahim masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Petang tadi, Mohd Shafie berkesempatan mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina beberapa pemimpin komuniti Cina dan ahli perniagaan seperti Datuk Ong Hang Seng, Datuk Chua Ching Hua (pemilik Hotel Seafest) dan Lee Ngi Hock.

Pada sebelah malam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini turut menghadiri majlis makan malam bersama Datuk Ang Kian Chong atau lebih dikenali sebagai Uncle Chang yang merupakan penggiat industri pelancongan utama di Semporna.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *