Tiada Koronavirus Di KK, Mangsa Disahkan Dijangkiti Influenza A

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada jangkitan virus korona berlaku di negeri ini seperti yang dirisaukan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan terhadap seorang individu yang disyaki menghidap virus itu di sebuah hospital didapati negatif.

DR NOOR HISHAM

“Dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki tersebut oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mengesahkan beliau negatif bagi jangkitan virus korona.

“Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A, beliau kini telah beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sejak semalam, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat telah melakukan langkah pencegahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi mencegah virus berkenaan daripada merebak ke negeri ini.

Sebelum ini, timbul kerisauan berikutan dakwaan virus berkenaan dibawa oleh pelancong dari Wuhan, China.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *