Rumah Musnah Terbakar, Dua Keluarga Hilang Tempat Tinggal

Api marak yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Lumadan Jaya di sini. – Foto Ihsan Pembaca

BEAUFORT: Dua keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah terbakar di Kampung Lumadan Jaya di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Donald SR. Gans berkata, panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima jam 12.07 tengah hari dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke lokasi kejadian.

Api marak yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Lumadan Jaya di sini. – Foto Ihsan Pembaca

“Kejadian membabitkan dua buah rumah dengan keluasan keseluruhan meliputi 60×100 kaki persegi.

“Anggota kita melaksanakan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari dua buah jentera dan pili bomba berdekatan dan kebakaran berjaya dikawal jam 12.22 tengah hari,” katanya.

Menurutnya tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.45 petang.

Api marak yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Lumadan Jaya di sini. – Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *