Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah Mula Beroperasi Februari 2020

KOTA KINABALU, 23 Jan: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini yang pembinaannya kini sudah siap 97 peratus dijangka mula beroperasi awal Februari ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal .

Beliau berkata bangunan pusat konvensyen itu yang menampilkan  identiti etnik tempatan yang antaranya dipapar di dinding dan siling turut mempunyai pemandangan indah hutan dan Gunung Kinabalu.

Foto Jabatan Penerangan Sabah

“Pusat Konvensyen ini berlainan daripada tempat lain yang ada di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura dan Thailand,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat  SICC, hari ini.

SICC dengan keluasan kira-kira 77,800 meter persegi dengan kos kira-kira RM850 juta mula dibina pada 2015 oleh Yayasan Sabah.

Mohd Shafie berkata pusat itu mempunyai dewan konvensyen dan ekspo yang besar serta 21 biilik mesyuarat.

Foto Jabatan Penerangan Sabah
Foto Jabatan Penerangan Sabah
Foto Jabatan Penerangan Sabah

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *