Konon Tempah Makanan Untuk Family, ‘Runner’ Tanggung Rugi Rupanya Kena ‘Prank’

Keghairahan segelintir masyarakat dunia untuk berkongsikan rakaman-rakaman ‘prank’ di media sosial pastinya dapat menghiburkan penonton. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa terdapat implikasi negatif daripada penularan rakaman-rakaman prank terdahulu. Ia turut memberi pengaruh yang tidak baik terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter, seorang penghantar makanan telah dipercayai ditipu oleh pelanggan yang telah membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak. Setelah diamati mesej perbualan tersebut, disyaki pelanggan berkenaan merupakan seorang kanak-kanak.

Mengikut rekod tempahan, pelanggan tersebut telah menempah udang keju sebanyak 50 yang kesemuanya berjumlah Rp525.000.

Kononnya, makanan sebanyak itu ditempah untuk dimakan bersama keluarga dalam satu pertemuan.

Pelanggan itu juga turut menghubungi penghantar makanan tersebut bagi mengesahkan bahawa terdapat ramai orang yang akan menjamu juadah tersebut.

Namun, setelah makanan tersebut telah sampai, dia memberitahu bahawa semua itu  hanyalah sekadar gurauan. Tanpa rasa serba salah, dia mengulangi bahawa semua tempahan itu hanya dibuat untuk ‘prank’.

“Its all just prank, semua prank hehe”

Ekoran sikap tidak bertanggungjawab tersebut, komuniti setempat meminta pengguna media sosial untuk menjejaki pelanggan itu. Perkara ini adalah kerana perbuatan berkenaan telah merugikan pihak penghantar makanan.

Rata-rata netizen nampaknya berang dengan tindakan pelaki tersebut yang telah merugikan penghantar makanan yang terpaksa menanggung kos makanan itu.

“Walaupun dia cumalah kanak-kanak, saya mahu menampar mukanya”

“Ini sudah keterlaluan, orang sedang mencari rezeki tetapi diperlakukan begini”

“Tidak tahu bagaimana susahnya mencari wang”

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *