Kabinet Sabah Putuskan Batal Pelaksanaan PSS

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil keputusan menolak penggunaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang sebelum ini dirancang untuk dilaksanakan pada Jun ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri dalam Mesyuarat Kabinet Negeri hari ini supaya PSS dibatalkan setelah mendengar suara rakyat secara keseluruhan.

“Kita mendengar suara rakyat yang ada maka itu Kabinet negeri Sabah telah memutuskan supaya kita maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS pada Jun ini.

“Kita akan maklumkan kepada KDN dalam pertemuan minggu depan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, hari ini.

Ditanya mengenai sebab keputusan itu dibuat, Mohd Shafie berkata ia setelah mengamb kira pandangan pelbagai pihak berhubung PSS. 

Katanya permit kerja sedia ada yang dimiliki akan dikekalkan ketika ini. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *