SK Stella Maris Sekolah Pertama Ditutup Akibat Influenza Di Sabah

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Marris, Tanjung Aru menjadi sekolah pertama di Sabah ditutup berikutan penyakit Influenza A (H1N1).

Notis perintah penutupan sekolah itu berkuatkuasa bermula hari ini sehingga 28 Januari ini.

Notis penutupan itu mula tular di laman media sosial pagi tadi apabila didakwa terdapat beberapa murid di sekolah itu dijangkiti penyakit H1N1.

Kemarin, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memaklumkan 12 murid sekolah rendah di Sabah telah dikesan dijangkiti Influenza A (H1N1) setakat ini.

Pengarahnya, Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengenai lokasi kesemua murid yang terkesan dengan H1N1 itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *