Rumah Kongsi Di Kampung Pulutan Manggatal Musnah Terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan rumah kongsi di Kampung Pulutan Mangatal.

KOTA KINABALU: Satu blok rumah kongsi empat pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Pulutan, Manggatal, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Jamikah Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran terbabit sekitar jam 8.23 malam menerusi talian kecemasan 999.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan rumah kongsi di Kampung Pulutan Mangatal.

“Saya bersama 18 anggota daripada Balai Bomba Lintas terus bergegas ke lokasi kejadian bagi pelaksanaan operasi pemadaman.

“Setibanya di kawasan dimaklumkan, kita dapati memang terdapat sebuah blok kediaman terdiri daripada empat pintu sudah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Selain itu, sebuah kenderaan turut musnah dalam kejadian sama,” katanya menerusi kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Jamikah berkata, pihaknya berjaya mengawal pada jam 9.23 malam dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.16 malam.

Tambah beliau, nilai kerugian harta benda serta punca sebenarnya kebakaran masih dalam siasatan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *