Kes Papagomo Dikasari, Polis Ambil Keterangan 3 Lelaki

KOTA KINABALU: Polis memanggil tiga lelaki untuk mengambil keterangan berhubung insiden Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dikepung sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketiga-tiga mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira jam 4 petang semalam.

“Ketiga-tiga mereka yang dipercayai terbabit dalam insiden itu diambil keterangan.

“Semua mereka dibebas dengan jaminan polis namun siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, kira-kira jam 7.30 malam, 19 Januari lalu, Wan Muhammad Azri mendakwa dikasari sekumpulan lelaki ketika mendaftar masuk di salah satu kaunter di KKIA.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, jam 2.30 pagi semalam.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *