Imunisasi Polio Percuma Di 14 Klinik Di Tawau

TAWAU: Klinik Kesihatan Tawau melancarkan Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) bermula Khamis ini sehingga 20 Mac depan.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr G Navindran berkata, program KIPS itu diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dan terbuka kepada semua termasuk bukan warganegara Malaysia.

“Ini adalah program percuma membabitkan dos pertama iaitu tidak mengenakan bayaran kepada kanak-kanak terbabit.

G NAVINDRAN

“Ia dilakukan di 14 klinik kesihatan terpilih seluruh Tawau iaitu Klinik Kesihatan Tawau, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kinabutan, Klinik Desa Sungai Imam dan Klinik Desa Tanjung Batu,” katanya hari ini.

Selain itu, KIPS turut dilakukan di Klinik Kesihatan Felda Umas Umas, Klinik Kesihatan Merotai Besar, Klinik Kesihatan Apas Balung, Klinik Kesihatan Sungai Tamang, Klinik Kesihatan Kalabakan, Klinik Kesihatan Taman Sejati Semarak, Klinik Desa  Kuala Merotai, Klinik Desa Balung Kokos dan Klinik Desa Bukit Quoin.

Tambah Navindran, pihaknya mengalu-alukan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkaitan agar mengambil peluang melakukan suntikan imunisasi tersebut.

“Ia sebagai perlindungan optima bukan sahaja kepada kanak-kanak terbabit, malah membabitkan kanak-kanak lain yang telah mendapatkan imunisasi lengkap.

“KIPS ini dibuka pada hari Isnin hinggga Jumaat bermula seawal jam 8 pagi sehingga 4.30 petang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung KIPS boleh menghubungi talian 089-775 733 sambungan 266 dan 267.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *