Imigresen Labuan Tahan Enam Wanita Filipina, Indonesia

PTI warga Filipina dan Indonesia yang ditahan.

LABUAN: Jabatan Imigresen Labuan menahan enam wanita pendatang asing tanpa izin (PTI) dalam satu operasi yang dijalankan Jumaat lalu.

Pengarah Imigresen Labuan Asani Ladjani berkata, daripada jumlah yang ditahan lima merupakan warga Filipina dan seorang lagi Indonesia berumur antara 20 hingga 45 tahun.

“Operasi tertumpu di sebuah restoran dan seramai 13 orang telah diperiksa,” katanya kepada media.

Asani menjelaskan mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

Manakala majikan premis itu pula disoal siasat di bawah Seksyen 55B akta yang sama kerana menggaji pekerja tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.  

Operasi melibatkan enam pegawai dan anggota penguatkuasa diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Labuan Ahmad Ismail Sazali.

Kes masih disiasat dan kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *