Jangan Salahkan Orang Sabah, Yang Pukul Saya Bukan Anak Sabah – Papagomo

Papagomo membuat laporan polis di Balai Polis Setapak sejurus tiba dari Kota Kinabalu 

“Alhamdulillah, saya dah sampai KL. Saya nak minta kepada semua agar tidak salahkan orang Sabah,” itu reaksi Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris ataupun lebih dikenali sebagai Papagomo sejurus tiba di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau mendakwa insiden malam tadi yang berlaku di lapangan terbang Kota Kinabalu dilakukan oleh segelintir penyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

“Isteri saya orang Sabah, call saya menangis minta maaf kerana saya dipukul. Saya cakap bukan salah orang Sabah dan tak perlu minta maaf. Mereka yang pukul saya di airport KK tadi penyokong Shafie Apdal. Mereka bukan anak anak Sabah. Anak Anak Sabah tak buat macam tu,” katanya.

Papagomo mendakwa beliau diserang oleh sekumpulan individu di dalam bangunan lapangan terbang kota kinabalu malam tadi.

Satu laporan polis dibuat oleh Papagomo di Balai Polis Setapak meminta pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas sekumpulan individu yang menyerangnya.

Terdahulu tindakan beberapa individu dalam video kekecohan yang tular  menimbulkan tanda tanya orang ramai mengenai tahap keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, Pemimpin NGO Islam Datu Akjan Datu Ali Muhammad turut membuat laporan polis terhadap Papagomo pada hari Ahad mendakwa beliau telah menghina Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kimanis baru-baru ini.

Akjan mendakwa telah memukul Papagomo sebanyak tiga kali selepas beliau enggan memohon maaf atas tindakannya yang mengoyakkan poster Shafie dan memanggilnya pengkhianat.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2311466875811616&set=pb.100008449784275.-2207520000..&type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *