12 Murid Di Sabah Dijangkiti Influenza A Setakat Ini

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) merekodkan seramai 12 murid sekolah rendah yang dikesan dijangkiti Influenza A (H1N1) setakat ini.

Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.

Dr Mistirine Radin

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengenai lokasi kesemua murid yang terkesan dengan H1N1 itu.

“Di Sabah ini masih terkawal. Setakat ini, sehingga Jumaat lepas, yang kami laporkan ke Kementerian Pendidikan baru 12 orang.

“Tetapi, semua dalam keadaan terkawal. Mereka sedang dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan Program Sarapan Percuma (PSP) di Sekolah Kebangsaan Kebagu, di sini, pagi ini.

Pada 29 Disember 2019, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merekodkan lapan kes H1N1 melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Menterinya Datuk Frankie Poon Ming dalam kenyataan media terdahulu mendedahkan, lapan kes berkenaan merangkumi kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun.

Kes itu dilaporkan sejak 15 Disember 2019.

Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *