56 Individu Ditahan Dalam Ops Ice Breaker

Anggota polis terpaksa meredah kawasan berlumpur bagi menahan salah seorang penagih yang melarikan diri.

KOTA KINABALU: Seorang remaja berumur 13 tahun adalah antara 56 individu yang ditahan dalam Ops Ice Breaker yang dijalankan di beberapa kawasan dalam tempoh 11 hingga 17 Januari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata 50 daripada suspek yang ditahan adalah warga tempatan manakala enam yang lain adalah warga asing.

“Seorang daripada suspek dipercayai memiliki sejumlah dadah dan dipercayai pengedar dalam kawasan terbabit serta kawasan sekitarnya dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi yang ditahan selepas melakukan kesalahan sama turut disiasat mengikut Seksyen 39A akta sama.

“18 lagi individu yang memiliki dadah disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 36 yang lain terbabit penyalahgunaan dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu Habibi berkata hasil serbuan di tiga lokasi berbeza masing-masing di Kampung Cenderamata, Labou dan Sembulan turut menahan 18 individu dan sepanjang tempoh operasi polis berjaya merampas 109.54 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM16,431 mengikut harga pasaran semasa.

Habibi berkata usaha pembanterasan ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan serta ketenteraman awam di sekitar sini terus terpelihara.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *