5 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Rumah Blok Di Telipok

Keadaan lokasi kebakaran di Skim Penempatan Telipok – Foto Ihsan Pembaca

TELIPOK: Tiga blok rumah kongsi di Skim Penempatan Telipok di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu turut memusnah lima kenderaan penduduk yang terbakar 100 peratus manakala dua kenderaan lain terjejas 30 peratus terkena bahang panas.

Antara kenderaan yang hangus terbakar dalam kebakaran tersebut. foto ihsan pembaca

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Pegawai Bomba Kanan II Rozam Shah Rahmat berkata, tiga blok rumah berkenaan terdiri dari sembilan pintu setiap blok.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 pagi dan bergegas ke lokasi kebakaran bersama 25 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi dimaklum, semua rumah sudah terbakar 100 peratus berikutan struktur rumah diperbuat daripada bahan tidak kekal.

“Bagaimanapun, kami menjalankan pemeriksaan di kawasan kebakaran untuk memastikan tiada sebarang kebakaran lain,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Rozam Shah berkata, punca sebenar kebakaran serta nilai kerugian keseluruhan harta benda masih dalam siasatan.

Keadaan lokasi kebakaran di Skim Penempatan Telipok – Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *