Haramkan Papagomo Masuk Ke Sabah

Wan Muhammad Azri Wan Deris (kiri) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

LAHAD DATU : Ahli Jawatan Kuasa, Wira dan Wanita Parti Warisan Bahagian Silam, Mohd Shah Mohd Bustan mahu EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diharamkan masuk ke Sabah.

Hal ini disebabkan tindakan Papagomo mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tular di media sosial.

Mohd Shah berkata, pengharaman Papagomo ke Sabah perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang unsur provokasi yang boleh memecahkan perpaduan kaum di Sabah.

“Tindakan individu berkenaan juga boleh mencetuskan perbalahan dan menjatuhkan maruah khususnya dalam kalangan pemimpin Sabah serta kredibiliti Parti Warisan.

“Justeru kami mencadangkan tindakan menyenarai hitamkan individu berkenaan dari terus memasuki negeri ini dapat diambil,” katanya yang tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, hari ini.

Menurutnya, pihaknya memilih kedamaian dan budaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai pelbagai perbezaan idealogi.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *