Lori Muatan Ketam Terbabas Sendiri, Pemandu Selamat

Keadaan lori selepas terbabas sendiri ketika cuba mengelak kenderaan lain.

TAWAU: Sebuah lori terbabas selepas cuba mengelak sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba di Batu 4 1/2 Jalan Apas, di sini.

Kejadian berlaku ketika pemandu lori dari arah Batu 2 1/2 Jalan Apas menuju ke lapangan terbang dan menyebabkan jalan raya terbabit mengalami kesesakan kerana berlaku pada waktu orang ramai keluar bekerja.

Keadaan lori selepas terbabas sendiri ketika cuba mengelak kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan lori yang membawa muatan ketam terbalik dengan sendirinya.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu lori yang tidak menjaga jarak pemanduan ketika mengekori kenderaan di hadapan,” katanya dalam kenyataan medianya di sini.

Peter berkata, akibat kemalangan itu lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sisi kanan dan belakang manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat dibawah Peraturan 10 LN59/166.

Keadaan lori selepas terbabas sendiri ketika cuba mengelak kenderaan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *