(VIDEO) ‘Bila Saya Buka Pintu, Mereka Di Dalam Berduaan’ – Isteri Kantoi Check In Dengan Ketua Kampung

Seorang ketua kampung di Kabupatan Serdang, Indonesia kantoi berdua-duaan dengan isteri orang di sebuah hotel dan ‘serbuan’ itu turut dirakam oleh suami kepada wanita terbabit. 

Video itu kemudian viral di media sosial dan turut menarik perhatian pihak berkuasa yang kini sedang melakukan siasatan terhadap ketua kampung itu untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, pasangan berkenaan daftar masuk ke sebuah hotel pada Sabtu 11 Januari 2020.


Perkara itu diketahui oleh suami kepada wanita itu lalu menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. 

Menurut si suami, dia mula berasa curiga dengan perubahan sikap isterinya yang mudah marah dan membencinya sejak kebelakangan itu. “Tiga hari saya tak dapat tidur.

Saya berzikir setiap malam minta diberikan petunjuk. Baru kelmarin saya diberi petunjukan yang meminta saya mengekori dia (isteri).

Saya pun buat,” katanya memetik laporan dari Tribun Medan. 

Si isteri pada Sabtu pagi memaklumkan mahu keluar untuk membeli kad top up internet di Medan. Namun ketika di persimpangan, si isteri menaiki kenderaan lain dan menuju ke destinasi kedua. 

“Saya hairan melihat gerak-gerinya dan menimbulkan rasa curiga. Saya mengekori dia sampai ke sebuah hotel. 

“Sampai di hotel, saya minta izin pihak hotel untuk buka bilik itu dan mereka (isteri & ketua kampung) berada di dalam berdua-duaan,” katanya.

Berdasarkan video, si isteri dalam keadaan bertuala sempat bertikam lidah dengan suaminya, manakala ketua kampung hanya mendiamkan diri. 

“Ya, esok saya akan ceraikan dia. Anak-anak pun sudah benci melihat ibu mereka begitu,” kata si suami. 

Sementara itu, pihak berkuasa sedang menyiasat kes tersebut dan jika didapati bersalah, ketua kampung itu akan dipecat. 

Sumber: Sosok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *