Polis Sandakan Lupus Komputer, VCD & DVD Bernilai Lebih RM200,000

SANDAKAN: Sebanyak 19,063 keping VCD dan DVD yang dirampas dalam tempoh 15 tahun bermula 2003, dilupuskan di Tapak Perlupusan Eksibit, Stor Eksibit Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata, selain Sandakan, rampasan barangan cetak rompak tersebut turut membabitkan daerah kecil berhampiran iaitu Beluran dan Kinabatangan.

“Semua rampasan tersebut membabitkan 31 kes yang sudah dituduh dan jatuh hukuman di mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah juga mengarahkan agar eksibit ini dilupuskan oleh polis,” katanya.

Tambah Mohd Azhar, selain VCD dan DVD, pihaknya turut meluluskan 637 set komputer.

“Semua komputer tersebut dirampas membabitkan 37 kes aktiviti perjudian haram di Sandakan antara tahun 2008 hingga 2014.

“Sehubungan itu, jumlah nilai keseluruhan barang yang dilupuskan hari ini sebanyak RM213,000 iaitu RM63,000 membabitkan VCD dan DVD, manakala selebihnya set komputer tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *