Bunyi Letupan Sebelum Terbakar, Rumah Jururawat Musnah Terbakar

Pasukan bomba memadam api kebakaran di Kampung Tinutudan, Kudat. Gambar Ihsan bomba

KUDAT: Penduduk Kampung Tinutudan di Kudat, digemparkan dengan bunyi letupan kuat dari sebuah rumah yang disusuli dengan kebakaran, pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pasukan bomba memadam api kebakaran di Kampung Tinutudan, Kudat. Gambar Ihsan bomba

Saksi kejadian yang juga penghuni rumah terbabit, Haslinda Monisun, 41, berkata ketika kejadian dia berada di rumah ibunya tidak jauh dari lokasi.

“Ketika itu kami sedang bersarapan dan tiba-tiba satu bunyi letupan kuat berlaku mengakibatkan penduduk kampung terkejut.

“Seorang jiran berteriak memaklumkan rumah saya sedang terbakar dan bunyi letupan itu dipercayai dari arah rumah saya,” katanya dihubungi.

Menurutnya yang bekerja sebagai jururawat itu, ketika kejadian suaminya bekerja manakala tujuh anaknya berada di sekolah.

Pasukan bomba memadam api kebakaran di Kampung Tinutudan, Kudat. Gambar Ihsan bomba

“Walaupun tinggal sehelai sepinggang, saya bersyukur semua ahli keluarga selamat dan mungkin kami terpaksa menumpang di rumah ibu sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kudat, Ishak Jabas berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi, seramai 12 anggota termasuk lapan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dikerah ke lokasi dengan dua jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Pasukan bomba memadam api kebakaran di Kampung Tinutudan, Kudat. Gambar Ihsan bomba

“Sebaik tiba, rumah jenis tidak kekal itu musnah 100 peratus dan keadaan angin kencang menyebabkan api mudah merebak.

“Api berjaya dikawal jam 10.12 pagi sebelum merebak ke beberapa rumah berhampiran manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *