PRK Kimanis: Kemenangan WARISAN Juga Kemenangan PKR

hristina bersama kepimpinan PKR Sabah memberikan sokongan kepada calon WARISAN di Tamu Membakut.

MEMBAKUT: Kemenangan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis juga adalah kemenangan untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia boleh dikatakan demikian kerana WARISAN dan PKR adalah rakan dalam kerajaan selepas kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Setiap undi kepada Karim adalah undi untuk pembangunan sosio ekonomi di Parlimen Kimanis,” katanya ketika ditemui di Tamu Pekan Membakut selepas berkempen untuk calon WARISAN, kelmarin.

Christina yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah turut diiringi Timbalan Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud, serta kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Ketua Cawangan PKR Kimanis Awang Duramin Tafa.

Mereka kemudian turut menghadiri perhimpunan nelayan di Dewan Kampung Brunei di Bongawan di mana Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan ceramah.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *