UMNO Parti Terakhir Sebelum Meninggal Dunia , Kata Calon Warisan

KIMANIS – Calon Barisan Naisonal (BN), Datuk Mohamad Alamin merupakan anak didik kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang ketika bersama UMNO sebelum PRU14.

Menurut Karim, memandangkan Mohamad anak muridnya, beliau tidak merasakan calon BN itu mampu menewaskan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.

“Ramai pengikut (politik) ini, tapi rata-rata mereka termasuk Mohamad Alamin, sebelum ini saya Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohamad Alamin pula Ketua Pemuda kami.

“Apa jadi ini sekarang murid lawan guru, dalam perkiraan kamu siapa yang menang?

“Mau kalahkan guru…ehh…mudah kiraannya,” katanya kepada MalaysiaGazette di Kg Brunei Laut III, Membakut, di sini, hari ini.

Semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Datuk Mo mengakui bahawa Datuk Seri Anifah Aman merupakan guru beliau dalam dunia politik tanahair.

Dalam pada itu, Karim juga mendedahkan bahawa UMNO merupakan parti politik terakhir beliau sertai dalam hayat.

Bagaimanapun katanya, UMNO yang disertainya pada 1991 jauh berbeza berbanding sekarang menyebabkan beliau menyertai Warisan.

“Saya menganggap UMNO sebagai parti terakhir sebelum saya meninggal dunia.

“Tetapi apa yang berlaku, UMNO hari ini jauh berbeza dengan UMNO yang saya sertai pada 1991,” katanya lagi.

MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *