Terlalu Lama Membujang Lelaki Ini Pasang Poster Cari Jodoh, Beberapa Wanita Mula Respon

Disebabkan sudah begitu lama hidup membujang dan tidak tahan lagi asyik ditanya soal kawin, seorang pemuda bernama Nooraziro Abdullah, 35, menjadi tular gara-gara menggantung poster mencari jodoh di tepi jalan.

Bercakap kepada Harian Metro, pemuda yang berasal dari dari Marang, Terengganu, memberitahu memang benar dia yang membuat keputusan memasang poster tersebut sebagai ikhtiar mencari jodoh.

Biar orang nak cakap apa, asal dapat isteri

Posternya yang kini tular di media sosial, namun bagi Nooraziro dia tidak kisah dengan pandangan masyarakat yang mendakwa dirinya terdesak, asalkan dia dapat menemui jodohnya.

Pemuda itu yang berhajat mahu berkahwin dalam tempoh terdekat, percaya bahawa usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil.

“Dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri…”

Tak kisah kalau gemuk pun

Bekerja sebagai tukang rumah, tindakan Aziro itu sebenarnya tidak diketahui oleh keluarganya. Meskipun sedar kini poster itu telah tular, dia hanya mengambil daripada sisi positif.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idaman pula, sebenarnya Aziro tidak kisah bagaiman pun keadaan fizikal atau rupa paras bakal jodohnya, kerana yang penting baginya adalah wanita tersebut sanggup menerima dia seadanya.

“Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya…”

Ada wanita yang dah bertanya…

Nampaknya kaedah itu berhasil, kerana Aziro berkata sejak poster itu dipasang sudah ada beberapa wanita mula mahu berkenalan dan bertanya mengenai dirinya.

“Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya…”

Kepada para wanita yang berminat mahu mencuba nasib menawan hati Nooraziro, boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada poster tersebut.

Sumber : Malay Mail & Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *