PPM Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai Lebih RM500,000

1,471 karton rokok pelbagai jenis dan 66 kotak minuman keras dirampas Pasukan Polis Marin Sandakan. – Foto Ihsan PPM

TELUPID: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,471 karton rokok pelbagai jenis dan 66 kotak minuman keras menerusi Operasi Landai Khas di dua lokasi berasingan, dekat sini semalam. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata operasi bermula pukul 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu dijalankan oleh pihak PPM Sandakan bersama anggota Balai Polis Telupid. 

1,471 karton rokok pelbagai jenis dan 66 kotak minuman keras dirampas Pasukan Polis Marin Sandakan. – Foto Ihsan PPM

Beliau berkata pihaknya melakukan intipan dan serbuan keatas sebuah van jenis Toyota yang berada di Kampung Maliau Jalan Tongod Lama, Telupid.

“Selepas membuat intipan dan menunggu selama sejam, tidak kelihatan kelibat pemilik van di kawasan berkenaan.

Van jenis Toyota dipenuhi muatan minuman keras dan rokok pelbagai jenis yang ditinggalkan di Kampung Maliau Jalan Tongod Lama Telupid. – Foto Ihsan PPM

“Pemeriksaan keatas van yang ditinggalkan itu mendapati sebanyak 1,124 karton rokok pelbagai jenis.

“Selain rokok, 66 kotak minuman keras tidak bercukai jenama Tiger, Walton Stout,Carlsberg, Guiness Stout, Diablo dan Heineken turut ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata serbuan kedua yang dijalankan turut membawa kepada rampasan 347 karton rokok pelbagai jenis yang disembunyi di kawasan semak berhampiran Pasar Ikan Tongod. 

“Saya percaya rokok berkenaan ditinggalkan suspek sejurus menyedari kehadiran pihak polis di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata jumlah rampasan rokok dan minuman keras bernilai RM555,420 dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan. 

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

SabahNewsToday 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *