Rakyat Semakin Sedar Pembangkang Gagal Bawa Perubahan – Yusof

MEMBAKUT: Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Dr Yusof Yaacob kagum melihat sokongan rakyat terutama pengundi di Parlimen Kimanis yang semakin yakin dengan kerajaan negeri yang diterajui WARISAN.

Beliau berkata pengundi semakin menyedari bahawa pembangkang gagal bawa perubahan yang diimpikan rakyat apatah lagi keperluan-keperluan lain untuk rakyat terutama di Parlimen Kimanis.

 Yusof ketika berucap semasa di PDM WARISAN Binsuluk.

Jelasnya, rakyat di Kimanis mula menolak Barisan Nasional (BN) kerana lebih yakin dengan WARISAN dalam membawa perubahan besar bukan sahaja di Kimanis tetapi juga negeri Sabah keseluruhannya.

“Rakyat mahukan pembaharuan, dan mereka meletakkan keyakinan kepada WARISAN untuk membawa kemajuan yang diharap. Oelh itu saya pasti rakyat Kimanis akan memilih calon WARISAN Datuk Karim Bujang sebagai pemimpin mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) WARISAN Binsuluk, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat sambutan pengundi di kawasan ‘hitam’ (pembangkang) jauh berbeza berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lepas membuktikan BN tidak lagi mampu berjuang untuk rakyat.

Yusof yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi berkata, rakyat kini semakin bijak menilai dan memilih pentadbir yang mampu membawa perubahan serta pembangunan dalam negara khususnya negeri Sabah.

“Saya percaya rakyat  bukan macam dulu lagi. Mereka sudah mampu menilai dan sedar apa yang dikatakan pembangkang tidak mampu direalisasikan. Rakyat mahu melihat kehadapan dan mereka mahukan kemajuan dan pembangunan,” katanya.

Yusof turut mengulas mengenai pendirian UMNO untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya di beri mandat dalam PRK kali ini, menjelaskan ia hanyalah mainan politik semata-mata kerana 60 tahun yang lalu di saat mereka berkuasa MA63 tidak pernah disuarakan.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *