Polis Berkas Warga Asing Cabul Pelanggan Di Pasar Ikan

Gambar RTM

LAHAD DATU; 11 JANUARI 2020 (Sabtu) – Seorang peniaga ikan ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu hari ini selepas disyaki mencabul seorang wanita dalam kejadian di Pasar Ikan, khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata,
lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berumur 46 tahun berkenaan ditahan kira-kira pukul 9.40 pagi di pasar ikan.

Gambar RTM

Beliau berkata, dalam kejadian pada khamis pukul 5.45 petang, suspek dipercayai meraba kemaluan mangsa berumur 39 tahun dari arah belakang semasa membeli ikan di pasar terbabit.

Mangsa yang terkejut dan tidak menjerit kemudian sempat menangkap dan memulas ibu jari suspek sebelum melarikan diri.

Menurut ACP Nasri, suspek berjaya diberkas susulan mangsa mengecam di lengan kanan suspek yang memakai baju lengan pendek semasa kejadian.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *