BN Boleh Menang Kalau Bekerja Keras – Najib

KIMANIS: Barisan Nasional (BN) kini berada pada landasan yang tepat untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.

Menurut bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ia satu petanda baik dan jentera parti menunjukkan semangat yang tinggi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, BN tidak boleh terlalu selesa.

“Saya tengok jentera BN di Kimanis ini memang menunjukkan semangat yang sangat tinggi, semangat yang luar biasa dan kerja-kerja yang mereka lakukan adalah kerja-kerja yang bersungguh-sungguh,” katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau tidak mahu meletakkan sebarang andaian atau peratusan mengenai kemenangan BN pada PRK Kimanis nanti.

“Saya jangka Insya-Allah BN akan menang tetapi saya tak dapat pasti dan saya tak nak letakkan apa-apa andaian melainkan keyakinan.

“Insya-Allah, kalau kita terus bekerja keras kemenangan menanti kita,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir membuat tinjauan di Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Brunei, pada Sabtu.

Sumber: Awani Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *